Hari ni aku masuk office, aku buka email office pastu aku rase macam tongol kejap. sebab ada satu email yang aku memang tak berkenan, benci. tajuk nyer : "Audit Dalaman : Sistem Pengurusan Kualiti I****" Dang!!!! Perkataan pertama je aku dah rase yukzzzz!!!! tak silap aku ni kali yang kedua tahun ni. berape kali nak audit ni bai... kenapa aku tak suka audit?? :
- menyusahkan aku sebab nak kena update fail yang berlambak tu.
- aku memang tak suka update fail.(last aku update 4-5 bulan lepas kot).
- lepas tu, bukan setakat nak kena update fail. nak kena daftar surat/memo. nak kena tulis tarikh diterima, nombor fail, tajuk, kepada siapa.. banyak tau!!!
- tak suka rasa berdebar bila juruaudit tu datang sebab juruaudit office aku tu garang,mulut longkang,tak cantik,mata tak innershine dll. haah, aku memang suka kutuk dia.
- bila minggu audit sampai je, talipon office aku memang sibuk. kejap-kejap berdering. 5 minit berdering lagi. soalan bila aku angkat gagang je semua sama "weh,orang audit dah sampai tempat ko??" alahai....
- bos aku. alah. tak tau nak cakap macam mana tapi bos aku memang bermasalah time audit.
aku rase ada lagi sebab aku tak suka audit tapi otak aku kecut lagi pagi-pagi ni, tak boleh nak proses banyak sangat maklumat. so aku nak pergi cairkan sesudu dua otak aku, nak selak-selak balik fail aku yang dah berhabuk tu, nak penuh-penuhkan buku daftar surat aku dan buat la ape yang patut.
GERAK3!! KERAHAN TENAGA!!!!
GERAK3!! KERAHAN TENAGA!!!!