Monday, December 27, 2010

Kolam Mancing Air Masin

Assalamualaikum


Hari sabtu lepas kitorang tak ada aktiviti nak buat. bosan. tepu. so Udin ajak Coco pergi mancing. Coco pon ajak la awek dia yang agak suka mancing ni. kitorang pon geraklah teman Udin pergi lepas gian memancing dia dekat 1 kolam air masin dekat area Seri Kembangan/Serdang. aku pon tak sure kolam tu masuk area mana. yang penting kolam tu dekat area NAHRIM. kitorang sampai sana dalam pukul 12.30am. ouh. ramai orang yea. hari cuti umum la katakan. hehe. aku tengok semua pakcik-pakcik dan abang-abang je yang lepak dekat situ. segan rase. dah la pukul 12.30 malam! ahh,selumber sudah. kalau diorang tanya aku cakap lah aku bawa adik aku mancing. apa susah. hehe. dekat sana sekali mancing dalam 3 jam. berapa ringgit tak sure. lupa tanya. 

Udin sorang je yang memancing. sebab pancing pon ada satu je. pancing yang lain member kitorang sebat semua bawa pergi Pulau Bora-bora. bercuti sambil memancing. kami yang tak ada pencing ni, bercinta je la dekat kolam tu sambil tunggu Udin dengan muka beria-iya nya memancing. haha. bercinta bukan sebarang bercinta, bercinta sampai pukul 3.30am tau. barai mata aku. 

Dalam kolam tu ada 2 jenis ikan. siakap dengan ikan yu. eh,bukan ikan yu. aku tak tahu lagi 1 jenis ikan tu jenis apa. hehe. tapi kebanyakan nya siakap. besar-besar woo! panjang dia ada la satu lengan orang dewasa sampai ke siku. memang semua size tu kata Coco. masa kitorang pergi tu, tengah ada satu contest. kalau dapat ikan berat 2kg 650gm dia bagi hadiah duit. wah, ko ni macam tak nak bagi menang je. siap ada 650 gm. kira 2 kg sudah. tak ikhlas langsung nak bagi hadiah. 



Ini umpan yang Udin guna untuk mancing malam tu. udang hidup ni. besar. boleh buat sambal udang petai. ya rabbi, sedap nya. seekor seringgit ye. 





Ni lah kolamnya. besar juga. sebelah sana ada satu lagi kolam. tapi tak digunakan pon. dekat sini ikan akan dilepaskan ikut masa.paling awal dalam pukul 10.30am and yang last dalam pukul 1.00am. ada la dalam 10 kali satu hari diorang lepaskan ikan. kolam mancing ni buka 24 jam. so kalau agak-agak tengah malam tiba-tiba mengidam nak rasa ikan sentap mata kail, boleh la pergi sini.



Ni lah Udin. tengah pasang umpan. Udin kata kalau pakai umpan udang hidup, kena cucuk mata kail jangan sampai kena dekat line hitam dekat atas badan udang tu. nanti udang tu mati cepat. tak dapat la dia berenang-renang dalam kolam tu untuk menggoda sang siakap durjana. 


Go Udin go!


Coco bosan. tak ada pancing. nak pancing awek, awek pon tak ada. haha. padan. =P


Dah mula sakit hati sebab seekor ikan pon tak naik lagi. orang lain dah penat naikkan ikan. haih.



"ikan tak dapat, kita bakar udang la ek. hehe"



Last sekali, Udin pon tak dapat ikan. Seekor pon tak dapat. kecewa lah beliau dan kecewa lah kami nak makan ikan siakap tiga rasa. tak ada luck lah malam tu. its ok bebeh, there's always be next time. until then, let's pancing at pasar borong. haha.

Tuesday, December 21, 2010

haih.

Assalamualaikum

Currently i'm addicted to this novel.




Randomly picked at MPH Mid Valley. hehe. 

"mak, can you keep my salary for me?i cant help myself from spending it on novels. sigh. "

Lawatan Sambil Belajar


Assalamualaikum


2 minggu lepas aku pergi Muzium Negara dengan family. Lepas pergi Muzium, kitorang pergi Zoo Negara pula. Yea, kitorang memang rakyat jati Malaysia.

















Mari bergerak ke Zoo Negara pula.













Hayati lah sejarah kerana ia mengajar anda erti kehidupan dan sayangilah haiwan kerana mereka juga sebahagian daripada makhluk yang dicipta oleh Nya untuk mendiami muka bumi ini. ehem. 


Thursday, December 9, 2010

Shisha vs. Rokok


Assalamualaikum


Aktiviti aku harini dalam office ialah duduk, makan, online, bual-bual, baca novel. aku langsung tak buat kerja. hadoi. patut la perut aku makin buncit. makan duit haram rupanya. gaji buta. haha. tengah aku duduk-duduk tadi, tiba-tiba aku teringat aku nak search pasal shisha sebab Coco dah beli set shisha dia sendiri untuk dia dengan kawan-kawan dia perasap rumah diorang dengan wangian buah-buahan.

Asap shisha ni wangi, sebab dia pakai tembakau yang telah di rendam dalam perisa buah-buahan dan madu. so memang suuuuwwwwweeeeettttt (sweet) la bau dia. mula-mula aku ingat shisha ni bagus sebagai altenatif kepada rokok yang kerajaan dok kempen sana sini pasal bahaya dia.  tapi bila aku search pasal shisha nie, hambik ko!! SHISHA 400 KALI GANDA LEBIH BAHAYA DARI ROKOK. 400 tau..bukan 4 kali ganda.  tak main la 2 3 4 kali ganda sekarang.  tak mencabar. ceh.




Sejarah shisha

Shisha first sekali  dijumpai di negara India, di kawasan Rajashtan dan Gujerat. manusia yang cipta benda ni ialah  Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī, ahli fizik Iran.  masa mula-mula shisha diperkenalkan, golongan kaya je yang hisap shisha. shisha menjadi simbol aristokrasi dan kejantanan. hehe. Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī memperkenalkan satu sistem iaitu asap akan bergerak melalui air untuk 'disulingkan'.   sebab asap shisha akan lalu dalam air dekat hookah tu dulu baru masuk dalam mulut dan paru-paru untuk labur saham kanser. uhuk! uhuk!


Struktur Hookah (alat untuk hisap shisha)




aku terangkan sikit je la bahagian hookah ni. aku penat nak type banyak-banyak.

Bowl - juga dikenali sebagai kepala hookah dan biasanya diperbuat daripada tanah liat atau marble.  ia merupakan tempat perisa/paste shisha diletakkan.  perisa akan diletakkan di dalam bowl tersebut dan sekeping aluminium foil akan digunakan untuk membalut bahagian atas bowl itu.  arang akan diletakkan di atas aluminium foil untuk memastikan perisa itu dapat dipanaskan dengan kepanasan yang sesuai.  


Base - bila korang hisap shisha, korang akan sedut dari hose, bila sedut, asap tu akan bergerak dari bowl (dasar bowl ada lubang-lubang kecil) ke bahagian stem, seterusnya base grommet dan akan keluar ikut downstem yang terendam dalam air dekat base tu.  bila asap tu lalu dalam air, air tu akan membantu menyejukkan dan meningkatkan kelembapan asap tu.  kalau otai-otai yang selalu hisap shisha ni, biasanya air dalam base tu diorang akan tambah ais ataupun potongan buah-buah contohnya lemon atau daun mint untuk mempowerkan lagi shisha tu. tapi yang baru-baru belajar tu, air paip kosong sudah la. haha.  


Keburukan shisha

kawan-kawan aku ramai yang hisap shisha tak kira lelaki ke perempuan, sekali hisap dalam 30-40 minit. kira 1 sesi la tu.  kalau dah  30-40 minit 1 sesi, aku agak ada la dalam 50-200 kali dok sedut-hembus asap tu. 1 kali sedut, asap yang dihasilkan lebih kurang 0.15 - 0.50 liter.  so, dalam 1 sesi, 100-200 kali ganda asap yang dihasilkan berbanding sebatang rokok.  dan di dalam 1 sesi, penghisap akan menyedut 1.7 kali ganda nikotin ke dalam badan berbanding nikotin dari sebatang rokok. ini adalah disebabkan mutu tembakau yang digunakan dalam pembuatan paste shisha adalah lebih baik berbanding tembakau yang digunakan dalam pembuatan rokok.  maka, nikotin yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding rokok. wow! hebat kan? barangan bermutu tidak semestinya bagus ye adik-adik. dan, harus juga diingat bahawa air yang digunakan untuk 'penyulingan' asap itu hanya me-nyah-kan se-ciput sahaja bahan kimia yang terdapat dalam asap tersebut. 

lepas tu biasanya orang hisap shisha ni akan kongsi-kongsi hose dia tu. bila kongsi-kongsi, senang la penyakit berjangkit. kuman si K masuk mulut si C, kuman si C masuk mulut si D, kuman si D masuk mulut si U, kuman si U masuk mulut si K. hehe.  

Tapi orang suka shisha sebab beliau nampak cool. sekali sedut, berkepul2 asap keluar.  macam asap fogging yang DBKL buat halau nyamuk dekat rumah aku. memang show la wa cakap sama lu! and shisha ada banyak perasa.  anggur, ceri, tembikai, apple, banyak la lagi. perasa ni pula boleh campur-campur macam air buah dekat restoran. "bang, air tembikai laici gelas besar satu." 




ouh btw, shisha ni sedap sebab dia membahayakan kesihatan.  perbuatan membahayakan kesihatan ni memudaratkan diri. perbuatan memudaratkan diri ni berdosa tahu? well, yang berdosa tu la yang sedap. kan kan kan? hahaha.

Daripada korang semua menghisap shisha mahupun rokok apatah lagi ganja, baik la korang hisap benda lain.  Chupa Chups sebagai contoh.

Wednesday, December 8, 2010

Pathetic

WHY DIDN'T I JUST WALK AWAY?

OH RIGHT, 
BECAUSE I'M AN IDIOT.

Friday, December 3, 2010

who are you?

Assalamualaikum

Hari ni 3 Dis 2010, esk 4 Dis 2010. Esok birthday aku!!!! yeyyyy!!!! hohoho. aku suka. aku suka. and aku suka sebab esok hari sabtu so aku tak perlu senyum kambing bila aku jalan-jalan dalam office and orang wish happy birthday kat aku. atau aku akan kurung diri aku dalam bilik 1 hari suntuk supaya orang tak jumpa aku and wish birthday.

Bukan aku tak suka orang wish birthday, tapi aku tak reti nak bagi respond yang menarik.  kalau aku respond mesti nampak macam bongol, tidak cool, cemerkap. haih. ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni.

Pagi tadi aku tengah bual-bual dengan bos aku.  bual.. bual.. bual.. bual.. bual.. bual........ masuk sorang mamat bawa 1 bag warna pink dengan sekeping kertas.


Mamat   :  Boleh saya jumpa dengan Cik Fauziah?

aku   :  Yea, saya.  ada apa?

Mamat   :  Saya ada delivery untuk Cik.  (sambil bagi beg pink dengan kertas tu) Cik sign dekat sini.

aku   :  ha?untuk saya?

Mamat   :  (senyum je)

aku   :  em..ok..sini ea? (aku pown sign DO yang dia bawak tu)

Mamat   :  Dalam beg ni ada bunga dengan mashimaro.  TQ eh.  Happy Birthday!!



Aku tercangok je tengok mamat tu blah.  bos aku dah gelakkan aku dah.  hampeh punya bos. pastu ramai pula Kak Kiah punya geng marhaban tiba-tiba masuk bilik aku.  Diorang ni follow mamat tu ke dari tadi?  haih. ada bakat wartawan CNN.  gossip baru. gossip baru.  

uh, aku rasa En. Coco tak suka bagi aku surprise.  sebab surprise dia selalu tak menjadi. hehe. hai, makhluk mana la pulak yang punya kerja ni.  oh, ada kad!


May your birthday bring 
you as much happiness 
as you give to those who know you...
 happy birthday in advance

From  :  Just me..




Ouh, Just me.  who are you? Jasmi ke? haha. ok, btw thanks pada Just me sebab bagi semua ni.  thanks sebab ingat birthday aku even aku tak tau siapa anda.  hee~

p/s  :  En. Coco jangan cemburu yea.  En. Coco dah beli hadiah saya? hehe. 

Thursday, December 2, 2010

Kemalangan di Lif

Assalamulaikum

Di suatu petang yang hening, aku, Sue and Dena baru lepas balik dari event yang ada dekat office aku.  nak balik bilik masing-masing. Disebabkan semua kaki pemalas nak naik tangga, bontot berat 10 kilo, kitorang pon tunggu la lif untuk naik atas.  Tunggu punya tunggu, datang sorang bos,  En. Lah (bukan nama sebenar) nak naik lif dengan kitorang.  kitorang memang suka dengan En. Lah ni.  Sebab dia macam baik, humble and sentiasa senyum.  umur dia dalam 50+ gitu lah.  So, masa tunggu tu kitorang bual-bual pasal event tadi.

Lif pon sampai.

Aku orang first masuk lif.  Aku terus tekan button tingkat 1 and 2 sementara yang lain masuk.  Keadaan masih ceria di kalangan kami semua.  tapi semua itu tidak berpanjangan.  Sebaik sahaja En. Lah hendak melangkah masuk ke dalam lif, pintu lif tertutup dengan sendirinya. Dan En. Lah tersepit di pintu lif!!! mungkin sensor pintu tu dah rosak ke ape aku pon tak tau. Masa tu gelabah la semua.  Dena tarik pintu lif daripada tertutup, aku tekan button 'Open Door' dengan gelabah.  Tapi rupanya aku tekan button 'Close door'.  alahai..spoil.  En. Lah dah macam tin coke kena kemek dah aku rasa.  Last-last aku dapat juga tekan button yang betol and pintu tu terbuka.  Fuhh....



aku   :  En. Lah, En. Lah ok ke??

En. Lah   : oh,ok..ok..tak dak apa.  (loghat kedah)

aku   : sorry la En. Lah, saya tersalah tekan button. gelabah. 

En. Lah   : oh, tak pa..tak pa...pintu ni awat la tutup sendighi.

Sue & Dena   : (tahan gelak)

Sue   : kalau saya jadi En. Lah, saya da luku dah kepala dia nie. 

aku   : hehe.


Lepas tu kitorang semua naik lif sampai tingkat 1 je.  (padahal bilik Sue tingkat 2, sama dengan En. Lah) lepas keluar lif, kitorang gelak macam nak mati.  hadoi!!! En. Lah oh En. Lah!! awat la malang sangat ceq oi!! hahahahaha!! Tapi kesian juga kat En. Lah.  sebab dia bos yang baik.  hehehe

p/s : Pagi tadi aku nampak En. Lah.  Dia tengah naik tangga.  haha

Melecet/Blisters

Assalamualaikum

[Google]

Oh, ouch!! mesti korang pernah mengalami situasi ni. Beli kasut baru, pakai masa annual dinner company/kolej, dinner habis  and korang terhincut-hincut jalan. hahaha!! orang kata biar papa asal bergaya tak mengapa. korang pulak, biar seksa asal bergaya, padan muka.  hehe

Apa dia melecet ni? Melecet ni ialah keadaan di mana permukaan kulit menggelembung dan dipenuhi dengan air di dalamnya.  ianya terjadi disebabkan oleh dua permukaan yang bergeseran dan wujudnya tekanan keatas permukaan tersebut.  salah satu permukaan tu ialah kulit korang.  tanda-tanda awal kemelecetan ni adalah kawasan tu contoh nya seperti yang tertera di dalam gambar di atas akan kemerah-merahan and terasa sakit. lepas tu baru gelembung air tu akan jadi.  bila gelembung air tu pecah, puff!!! memang sakit gila wa cakap lu. 

Tapi, korang boleh elak sebelum gelembung tu jadi. simply sapu petroleum jelly dekat kawasan yang nak melecet tu supaya dapat kurangkan geseran antara kulit and kasut/dll.  tapi cara ni untuk jangka masa pendek je. sebab bila petroleum jelly tu kena pada permukaan kulit, dia akan cair and benda tu dah tak berkesan lagi.


[Google]

Kalau dah pecah gelembung tu, korang sapu je la minyak gamat yang beli dekat Langkawi. mujarab. 

p/s : kaki aku pon melecet teruk sekarang ni sebab aku pakai KASUT BARU. hehehe. (tak nak post gambar kaki aku. takot korang tak lalu nak makan pulak nanti. sigh~)
  

Tuesday, November 23, 2010

Kebencian

Hari ni aku masuk office, aku buka email office pastu aku rase macam tongol kejap. sebab ada satu email yang aku memang tak berkenan, benci. tajuk nyer  : "Audit Dalaman : Sistem Pengurusan Kualiti I****" Dang!!!! Perkataan pertama je aku dah rase yukzzzz!!!! tak silap aku ni kali yang kedua tahun ni. berape kali nak audit ni bai... kenapa aku tak suka audit?? :

  1. menyusahkan aku sebab nak kena update fail yang berlambak tu.
  2. aku memang tak suka update fail.(last aku update 4-5 bulan lepas kot).
  3. lepas tu, bukan setakat nak kena update fail. nak kena daftar surat/memo. nak kena tulis tarikh diterima, nombor fail, tajuk, kepada siapa.. banyak tau!!!
  4. tak suka rasa berdebar bila juruaudit tu datang sebab juruaudit office aku tu garang,mulut longkang,tak cantik,mata tak innershine dll. haah, aku memang suka kutuk dia.
  5. bila minggu audit sampai je, talipon office aku memang sibuk. kejap-kejap berdering. 5 minit berdering lagi. soalan bila aku angkat gagang je semua sama "weh,orang audit dah sampai tempat ko??" alahai....
  6. bos aku. alah. tak tau nak cakap macam mana tapi bos aku memang bermasalah time audit. 

aku rase ada lagi sebab aku tak suka audit tapi otak aku kecut lagi pagi-pagi ni, tak boleh nak proses banyak sangat maklumat. so aku nak pergi cairkan sesudu dua otak aku, nak selak-selak balik fail aku yang dah berhabuk tu, nak penuh-penuhkan buku daftar surat aku dan buat la ape yang patut.

GERAK3!! KERAHAN TENAGA!!!!





nak pergi perang pon ko senyum??

Monday, November 22, 2010

Aku Memang Ketinggalan

Assalamualaikum


[Google]


Aku nak bagitau korang, aku baru abis baca novel ni.  Yelah2, aku memang ketinggalan.  Korang dah baca sampai siri yang last tu??aku belom. Sebab aku baru abis baca yang first ni. hahahaha. ok, aku ada pengakuan nak buat : 

aku suka EDWARD CULLEN!!!

Malu nak tulis besar-besar. kecik dah la. memadai untuk luahkan isi hati aku. Haa..pastu semalam aku dah beli yang second tu.  New Moon. huahahahaha!!!! aku gembira!!! aku baru baca mukasurat 3. hehe. lepas aku dah habis baca yang second ni, aku nak beli lagi dua tuh. Eclipse dengan Breaking Dawn. aku nak buat koleksi novel. nanti boleh bagi anak-anak aku baca.  kalau diorang tak nak baca, aku bagi anai-anai makan.  ape susah. hehe



[Google]


"bos, tak ada keje nak suruh saya buat kan??saya baca novel yea...hohoho"