Monday, January 17, 2011

KHURAFAT - perjanjian syaitan

Assalamualaikum

Oo0oomaiiigoat!!! semalam aku mimpi ngeri. aku mimpi semua kawan-kawan aku dah kahwin!! huwaaaa!! takooo00o0oottttt. sumpah. aku tak tipu. takot. mimpi buruk. (meludah kekiri dan kekanan)






Sabtu lepas pergi Alamanda dengan Coco nak tengok cerita Khurafat. sampai sana pukul 9pm lebih. tiket ada untuk pukul 12.50am sahaja yang tinggal. what the hell aku nak buat dalam alamanda yang membosankan ni sampai pukul 12.50am? ok, beli tiket untuk esok sahaja. so, beli tiket pukul 12.00t/hari, hari ahad.





Ahad 

Masuk-masuk wayang, lapar. benda yang tak best bila tengok wayang. sangat potong. (bukan aiskrim potong yang sedap tu) oh, ok. tidak mengapa. lepas ini boleh pergi makan. so, duduk dekat seat dan cerita pon start. baru 15 minit mula cerita, ambik kau! hantu dah keluar. main sorok-sorok dekat pokok pisang. durjana kau wahai iblis laknatullah. sampai ke hujung cerita, aku tutup mata je banyak. Coco tengok sorang. haha.

Kesimpulannya, cerita khurafat seram. sebab hantu dia memang takut. bukan macam hantu jangan pandang belakang yang tak real or hantu momok yang terbang sambil nampak lace bra yang cantik. and and and, korang tak akan sangka sebenarnya siapa dalang yang menyebabkan ganguan dalam family si Johan (Syamsul Yusof).

Scene yang paling aku suka : 

Tempat Kedua - scene masa Johan lepas kemalangan van mayat. dia bawa mayat si Anna (Sabrina Ali) jalan-jalan dalam hutan waktu malam. 




Tempat Pertama! - scene Johan panggil nurse masa lepas jenguk mak dia yang masuk hospital. mari main panjat-panjat kayu alang hospital!



Spoil factor - ada scene tunggang terbalik masa hujung cerita. apasal entah.


Setelah diteliti, cerita Khurafat boleh dapat 7/10 dari keseluruhannya. so, disini saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya, agar kita dapat sama-sama memenuhkan pawagam-pawagam berdekatan dengan anda bagi menonton filem Khurafat arahan dan lakonan Shamsul Yusof. Support lah industri perfileman Malaysia bagi kesejahteraan bersama. sekian.

1 comment:

  1. saya tak tengok cerita ni. saya tengok cerita romantis je. cilakakak

    ReplyDelete