Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, March 14, 2011

For a Friend, a Friend of Mine

Assalamualaikum

Gila tak paham tajuk. Bongok sangat BI ko ni Zee. Arh, tak kisah la. Hari ni aku demam. Syukur kepada Allah kerana memberi penyakit untuk aku lebih mengingatiMu. Sesungguhnya aku seorang hamba yang alpa lagi leka.

erm.

Pesanan kepada seorang kawan, kawan kepada kawan aku (a friend, a friend of mine). betol ape ayat aku. huh. "Jadilah diri ko yang sebenar. Berhenti berpura-pura. Orang takkan pandang pada rupa ko yang cantik/hensem gila. Tapi orang akan pandang pada peribadi and diri ko. kalau ko tak jujur and yakin dengan diri ko, ko takkan dapat apa yang ko nak dalam hidup ni. " (aku nasihat serius) Sebab aku dah penat tengok ko berpura-pura. 


p/s : Lepas ni nak update lagi. (kalau dah rajin update, rajin sangat. ntah ape2)

Monday, February 28, 2011

February - i like!

Assalamualaikum

Banyak jugak aktiviti bulan ni. Dah rasa macam DO, banyak sangat undangan. Pergi jemputan kahwin rakyat jelata, penuhi undangan pertandingan boling persahabatan, hadiri tayangan filem antarabangsa dll. Sampai cameraman tak menang tangan. So, ni antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika event-event tersebut.


Kenduri kahwin Ayu kat Kuala Pilah. Tahniah Ayu!!!!



Bebel je Zee, orang snap gambar tu (Boling - Wangsa Bowl, One Utama)


Sue and Dena 


Kak Jue kahwin!! yeyy!!


Tengok, cantikkan rumah Kak Jue punya pemandangan. macam kat Kedah aku rasa. padahal Kuala Selangor je pon. 


Lepas ni update bulan March pulak. (wah, bukan  main pemalas lagi ko nak update blog yek.) bye bye!

Monday, December 27, 2010

Kolam Mancing Air Masin

Assalamualaikum


Hari sabtu lepas kitorang tak ada aktiviti nak buat. bosan. tepu. so Udin ajak Coco pergi mancing. Coco pon ajak la awek dia yang agak suka mancing ni. kitorang pon geraklah teman Udin pergi lepas gian memancing dia dekat 1 kolam air masin dekat area Seri Kembangan/Serdang. aku pon tak sure kolam tu masuk area mana. yang penting kolam tu dekat area NAHRIM. kitorang sampai sana dalam pukul 12.30am. ouh. ramai orang yea. hari cuti umum la katakan. hehe. aku tengok semua pakcik-pakcik dan abang-abang je yang lepak dekat situ. segan rase. dah la pukul 12.30 malam! ahh,selumber sudah. kalau diorang tanya aku cakap lah aku bawa adik aku mancing. apa susah. hehe. dekat sana sekali mancing dalam 3 jam. berapa ringgit tak sure. lupa tanya. 

Udin sorang je yang memancing. sebab pancing pon ada satu je. pancing yang lain member kitorang sebat semua bawa pergi Pulau Bora-bora. bercuti sambil memancing. kami yang tak ada pencing ni, bercinta je la dekat kolam tu sambil tunggu Udin dengan muka beria-iya nya memancing. haha. bercinta bukan sebarang bercinta, bercinta sampai pukul 3.30am tau. barai mata aku. 

Dalam kolam tu ada 2 jenis ikan. siakap dengan ikan yu. eh,bukan ikan yu. aku tak tahu lagi 1 jenis ikan tu jenis apa. hehe. tapi kebanyakan nya siakap. besar-besar woo! panjang dia ada la satu lengan orang dewasa sampai ke siku. memang semua size tu kata Coco. masa kitorang pergi tu, tengah ada satu contest. kalau dapat ikan berat 2kg 650gm dia bagi hadiah duit. wah, ko ni macam tak nak bagi menang je. siap ada 650 gm. kira 2 kg sudah. tak ikhlas langsung nak bagi hadiah. 



Ini umpan yang Udin guna untuk mancing malam tu. udang hidup ni. besar. boleh buat sambal udang petai. ya rabbi, sedap nya. seekor seringgit ye. 





Ni lah kolamnya. besar juga. sebelah sana ada satu lagi kolam. tapi tak digunakan pon. dekat sini ikan akan dilepaskan ikut masa.paling awal dalam pukul 10.30am and yang last dalam pukul 1.00am. ada la dalam 10 kali satu hari diorang lepaskan ikan. kolam mancing ni buka 24 jam. so kalau agak-agak tengah malam tiba-tiba mengidam nak rasa ikan sentap mata kail, boleh la pergi sini.



Ni lah Udin. tengah pasang umpan. Udin kata kalau pakai umpan udang hidup, kena cucuk mata kail jangan sampai kena dekat line hitam dekat atas badan udang tu. nanti udang tu mati cepat. tak dapat la dia berenang-renang dalam kolam tu untuk menggoda sang siakap durjana. 


Go Udin go!


Coco bosan. tak ada pancing. nak pancing awek, awek pon tak ada. haha. padan. =P


Dah mula sakit hati sebab seekor ikan pon tak naik lagi. orang lain dah penat naikkan ikan. haih.



"ikan tak dapat, kita bakar udang la ek. hehe"



Last sekali, Udin pon tak dapat ikan. Seekor pon tak dapat. kecewa lah beliau dan kecewa lah kami nak makan ikan siakap tiga rasa. tak ada luck lah malam tu. its ok bebeh, there's always be next time. until then, let's pancing at pasar borong. haha.

Tuesday, December 21, 2010

haih.

Assalamualaikum

Currently i'm addicted to this novel.




Randomly picked at MPH Mid Valley. hehe. 

"mak, can you keep my salary for me?i cant help myself from spending it on novels. sigh. "

Lawatan Sambil Belajar


Assalamualaikum


2 minggu lepas aku pergi Muzium Negara dengan family. Lepas pergi Muzium, kitorang pergi Zoo Negara pula. Yea, kitorang memang rakyat jati Malaysia.

















Mari bergerak ke Zoo Negara pula.













Hayati lah sejarah kerana ia mengajar anda erti kehidupan dan sayangilah haiwan kerana mereka juga sebahagian daripada makhluk yang dicipta oleh Nya untuk mendiami muka bumi ini. ehem. 


Thursday, December 9, 2010

Shisha vs. Rokok


Assalamualaikum


Aktiviti aku harini dalam office ialah duduk, makan, online, bual-bual, baca novel. aku langsung tak buat kerja. hadoi. patut la perut aku makin buncit. makan duit haram rupanya. gaji buta. haha. tengah aku duduk-duduk tadi, tiba-tiba aku teringat aku nak search pasal shisha sebab Coco dah beli set shisha dia sendiri untuk dia dengan kawan-kawan dia perasap rumah diorang dengan wangian buah-buahan.

Asap shisha ni wangi, sebab dia pakai tembakau yang telah di rendam dalam perisa buah-buahan dan madu. so memang suuuuwwwwweeeeettttt (sweet) la bau dia. mula-mula aku ingat shisha ni bagus sebagai altenatif kepada rokok yang kerajaan dok kempen sana sini pasal bahaya dia.  tapi bila aku search pasal shisha nie, hambik ko!! SHISHA 400 KALI GANDA LEBIH BAHAYA DARI ROKOK. 400 tau..bukan 4 kali ganda.  tak main la 2 3 4 kali ganda sekarang.  tak mencabar. ceh.




Sejarah shisha

Shisha first sekali  dijumpai di negara India, di kawasan Rajashtan dan Gujerat. manusia yang cipta benda ni ialah  Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī, ahli fizik Iran.  masa mula-mula shisha diperkenalkan, golongan kaya je yang hisap shisha. shisha menjadi simbol aristokrasi dan kejantanan. hehe. Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī memperkenalkan satu sistem iaitu asap akan bergerak melalui air untuk 'disulingkan'.   sebab asap shisha akan lalu dalam air dekat hookah tu dulu baru masuk dalam mulut dan paru-paru untuk labur saham kanser. uhuk! uhuk!


Struktur Hookah (alat untuk hisap shisha)




aku terangkan sikit je la bahagian hookah ni. aku penat nak type banyak-banyak.

Bowl - juga dikenali sebagai kepala hookah dan biasanya diperbuat daripada tanah liat atau marble.  ia merupakan tempat perisa/paste shisha diletakkan.  perisa akan diletakkan di dalam bowl tersebut dan sekeping aluminium foil akan digunakan untuk membalut bahagian atas bowl itu.  arang akan diletakkan di atas aluminium foil untuk memastikan perisa itu dapat dipanaskan dengan kepanasan yang sesuai.  


Base - bila korang hisap shisha, korang akan sedut dari hose, bila sedut, asap tu akan bergerak dari bowl (dasar bowl ada lubang-lubang kecil) ke bahagian stem, seterusnya base grommet dan akan keluar ikut downstem yang terendam dalam air dekat base tu.  bila asap tu lalu dalam air, air tu akan membantu menyejukkan dan meningkatkan kelembapan asap tu.  kalau otai-otai yang selalu hisap shisha ni, biasanya air dalam base tu diorang akan tambah ais ataupun potongan buah-buah contohnya lemon atau daun mint untuk mempowerkan lagi shisha tu. tapi yang baru-baru belajar tu, air paip kosong sudah la. haha.  


Keburukan shisha

kawan-kawan aku ramai yang hisap shisha tak kira lelaki ke perempuan, sekali hisap dalam 30-40 minit. kira 1 sesi la tu.  kalau dah  30-40 minit 1 sesi, aku agak ada la dalam 50-200 kali dok sedut-hembus asap tu. 1 kali sedut, asap yang dihasilkan lebih kurang 0.15 - 0.50 liter.  so, dalam 1 sesi, 100-200 kali ganda asap yang dihasilkan berbanding sebatang rokok.  dan di dalam 1 sesi, penghisap akan menyedut 1.7 kali ganda nikotin ke dalam badan berbanding nikotin dari sebatang rokok. ini adalah disebabkan mutu tembakau yang digunakan dalam pembuatan paste shisha adalah lebih baik berbanding tembakau yang digunakan dalam pembuatan rokok.  maka, nikotin yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding rokok. wow! hebat kan? barangan bermutu tidak semestinya bagus ye adik-adik. dan, harus juga diingat bahawa air yang digunakan untuk 'penyulingan' asap itu hanya me-nyah-kan se-ciput sahaja bahan kimia yang terdapat dalam asap tersebut. 

lepas tu biasanya orang hisap shisha ni akan kongsi-kongsi hose dia tu. bila kongsi-kongsi, senang la penyakit berjangkit. kuman si K masuk mulut si C, kuman si C masuk mulut si D, kuman si D masuk mulut si U, kuman si U masuk mulut si K. hehe.  

Tapi orang suka shisha sebab beliau nampak cool. sekali sedut, berkepul2 asap keluar.  macam asap fogging yang DBKL buat halau nyamuk dekat rumah aku. memang show la wa cakap sama lu! and shisha ada banyak perasa.  anggur, ceri, tembikai, apple, banyak la lagi. perasa ni pula boleh campur-campur macam air buah dekat restoran. "bang, air tembikai laici gelas besar satu." 




ouh btw, shisha ni sedap sebab dia membahayakan kesihatan.  perbuatan membahayakan kesihatan ni memudaratkan diri. perbuatan memudaratkan diri ni berdosa tahu? well, yang berdosa tu la yang sedap. kan kan kan? hahaha.

Daripada korang semua menghisap shisha mahupun rokok apatah lagi ganja, baik la korang hisap benda lain.  Chupa Chups sebagai contoh.