Showing posts with label masa lapang. Show all posts
Showing posts with label masa lapang. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Don't Mess With Your Ex!

Assalamualaikum

Sering kedengaran di corong-corong radio ketika ini adalah iklan filem arahan pengarah cerita seram yang menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu iaitu Nang Nak. beliau telah muncul dengan sebuah filem bergenre seram (lagi) yang bertajuk My Ex-Haunted Lover.

Ok, enuf ayat poyo.

Semalam aku pergi The Curve tengok cerita ni. satu panggung yang besar amat tu, hanya ada tiga orang penonton sahaja. yea, t.i.g.a orang sahaja.




Horror kan poster dia? cerita dia horror sampai siang-siang buta pon ada hantu which is sangat tersosial si hantu tersebut. dan cerita ini umpama mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi. typical ghost story.

Berikut disajikan beberapa scene yang ada dalam filem ni.



awak comel, saya suka. haha






p/s : tak payah pergi tengok cerita ni. hampeh. kawan aku kata cerita Faster best. pergi la tengok.

Monday, January 17, 2011

KHURAFAT - perjanjian syaitan

Assalamualaikum

Oo0oomaiiigoat!!! semalam aku mimpi ngeri. aku mimpi semua kawan-kawan aku dah kahwin!! huwaaaa!! takooo00o0oottttt. sumpah. aku tak tipu. takot. mimpi buruk. (meludah kekiri dan kekanan)






Sabtu lepas pergi Alamanda dengan Coco nak tengok cerita Khurafat. sampai sana pukul 9pm lebih. tiket ada untuk pukul 12.50am sahaja yang tinggal. what the hell aku nak buat dalam alamanda yang membosankan ni sampai pukul 12.50am? ok, beli tiket untuk esok sahaja. so, beli tiket pukul 12.00t/hari, hari ahad.





Ahad 

Masuk-masuk wayang, lapar. benda yang tak best bila tengok wayang. sangat potong. (bukan aiskrim potong yang sedap tu) oh, ok. tidak mengapa. lepas ini boleh pergi makan. so, duduk dekat seat dan cerita pon start. baru 15 minit mula cerita, ambik kau! hantu dah keluar. main sorok-sorok dekat pokok pisang. durjana kau wahai iblis laknatullah. sampai ke hujung cerita, aku tutup mata je banyak. Coco tengok sorang. haha.

Kesimpulannya, cerita khurafat seram. sebab hantu dia memang takut. bukan macam hantu jangan pandang belakang yang tak real or hantu momok yang terbang sambil nampak lace bra yang cantik. and and and, korang tak akan sangka sebenarnya siapa dalang yang menyebabkan ganguan dalam family si Johan (Syamsul Yusof).

Scene yang paling aku suka : 

Tempat Kedua - scene masa Johan lepas kemalangan van mayat. dia bawa mayat si Anna (Sabrina Ali) jalan-jalan dalam hutan waktu malam. 




Tempat Pertama! - scene Johan panggil nurse masa lepas jenguk mak dia yang masuk hospital. mari main panjat-panjat kayu alang hospital!



Spoil factor - ada scene tunggang terbalik masa hujung cerita. apasal entah.


Setelah diteliti, cerita Khurafat boleh dapat 7/10 dari keseluruhannya. so, disini saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya, agar kita dapat sama-sama memenuhkan pawagam-pawagam berdekatan dengan anda bagi menonton filem Khurafat arahan dan lakonan Shamsul Yusof. Support lah industri perfileman Malaysia bagi kesejahteraan bersama. sekian.

Monday, December 27, 2010

Kolam Mancing Air Masin

Assalamualaikum


Hari sabtu lepas kitorang tak ada aktiviti nak buat. bosan. tepu. so Udin ajak Coco pergi mancing. Coco pon ajak la awek dia yang agak suka mancing ni. kitorang pon geraklah teman Udin pergi lepas gian memancing dia dekat 1 kolam air masin dekat area Seri Kembangan/Serdang. aku pon tak sure kolam tu masuk area mana. yang penting kolam tu dekat area NAHRIM. kitorang sampai sana dalam pukul 12.30am. ouh. ramai orang yea. hari cuti umum la katakan. hehe. aku tengok semua pakcik-pakcik dan abang-abang je yang lepak dekat situ. segan rase. dah la pukul 12.30 malam! ahh,selumber sudah. kalau diorang tanya aku cakap lah aku bawa adik aku mancing. apa susah. hehe. dekat sana sekali mancing dalam 3 jam. berapa ringgit tak sure. lupa tanya. 

Udin sorang je yang memancing. sebab pancing pon ada satu je. pancing yang lain member kitorang sebat semua bawa pergi Pulau Bora-bora. bercuti sambil memancing. kami yang tak ada pencing ni, bercinta je la dekat kolam tu sambil tunggu Udin dengan muka beria-iya nya memancing. haha. bercinta bukan sebarang bercinta, bercinta sampai pukul 3.30am tau. barai mata aku. 

Dalam kolam tu ada 2 jenis ikan. siakap dengan ikan yu. eh,bukan ikan yu. aku tak tahu lagi 1 jenis ikan tu jenis apa. hehe. tapi kebanyakan nya siakap. besar-besar woo! panjang dia ada la satu lengan orang dewasa sampai ke siku. memang semua size tu kata Coco. masa kitorang pergi tu, tengah ada satu contest. kalau dapat ikan berat 2kg 650gm dia bagi hadiah duit. wah, ko ni macam tak nak bagi menang je. siap ada 650 gm. kira 2 kg sudah. tak ikhlas langsung nak bagi hadiah. 



Ini umpan yang Udin guna untuk mancing malam tu. udang hidup ni. besar. boleh buat sambal udang petai. ya rabbi, sedap nya. seekor seringgit ye. 





Ni lah kolamnya. besar juga. sebelah sana ada satu lagi kolam. tapi tak digunakan pon. dekat sini ikan akan dilepaskan ikut masa.paling awal dalam pukul 10.30am and yang last dalam pukul 1.00am. ada la dalam 10 kali satu hari diorang lepaskan ikan. kolam mancing ni buka 24 jam. so kalau agak-agak tengah malam tiba-tiba mengidam nak rasa ikan sentap mata kail, boleh la pergi sini.



Ni lah Udin. tengah pasang umpan. Udin kata kalau pakai umpan udang hidup, kena cucuk mata kail jangan sampai kena dekat line hitam dekat atas badan udang tu. nanti udang tu mati cepat. tak dapat la dia berenang-renang dalam kolam tu untuk menggoda sang siakap durjana. 


Go Udin go!


Coco bosan. tak ada pancing. nak pancing awek, awek pon tak ada. haha. padan. =P


Dah mula sakit hati sebab seekor ikan pon tak naik lagi. orang lain dah penat naikkan ikan. haih.



"ikan tak dapat, kita bakar udang la ek. hehe"



Last sekali, Udin pon tak dapat ikan. Seekor pon tak dapat. kecewa lah beliau dan kecewa lah kami nak makan ikan siakap tiga rasa. tak ada luck lah malam tu. its ok bebeh, there's always be next time. until then, let's pancing at pasar borong. haha.