Thursday, December 9, 2010

Shisha vs. Rokok


Assalamualaikum


Aktiviti aku harini dalam office ialah duduk, makan, online, bual-bual, baca novel. aku langsung tak buat kerja. hadoi. patut la perut aku makin buncit. makan duit haram rupanya. gaji buta. haha. tengah aku duduk-duduk tadi, tiba-tiba aku teringat aku nak search pasal shisha sebab Coco dah beli set shisha dia sendiri untuk dia dengan kawan-kawan dia perasap rumah diorang dengan wangian buah-buahan.

Asap shisha ni wangi, sebab dia pakai tembakau yang telah di rendam dalam perisa buah-buahan dan madu. so memang suuuuwwwwweeeeettttt (sweet) la bau dia. mula-mula aku ingat shisha ni bagus sebagai altenatif kepada rokok yang kerajaan dok kempen sana sini pasal bahaya dia.  tapi bila aku search pasal shisha nie, hambik ko!! SHISHA 400 KALI GANDA LEBIH BAHAYA DARI ROKOK. 400 tau..bukan 4 kali ganda.  tak main la 2 3 4 kali ganda sekarang.  tak mencabar. ceh.




Sejarah shisha

Shisha first sekali  dijumpai di negara India, di kawasan Rajashtan dan Gujerat. manusia yang cipta benda ni ialah  Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī, ahli fizik Iran.  masa mula-mula shisha diperkenalkan, golongan kaya je yang hisap shisha. shisha menjadi simbol aristokrasi dan kejantanan. hehe. Hakim Abu’l-Fatḥ Gīlānī memperkenalkan satu sistem iaitu asap akan bergerak melalui air untuk 'disulingkan'.   sebab asap shisha akan lalu dalam air dekat hookah tu dulu baru masuk dalam mulut dan paru-paru untuk labur saham kanser. uhuk! uhuk!


Struktur Hookah (alat untuk hisap shisha)




aku terangkan sikit je la bahagian hookah ni. aku penat nak type banyak-banyak.

Bowl - juga dikenali sebagai kepala hookah dan biasanya diperbuat daripada tanah liat atau marble.  ia merupakan tempat perisa/paste shisha diletakkan.  perisa akan diletakkan di dalam bowl tersebut dan sekeping aluminium foil akan digunakan untuk membalut bahagian atas bowl itu.  arang akan diletakkan di atas aluminium foil untuk memastikan perisa itu dapat dipanaskan dengan kepanasan yang sesuai.  


Base - bila korang hisap shisha, korang akan sedut dari hose, bila sedut, asap tu akan bergerak dari bowl (dasar bowl ada lubang-lubang kecil) ke bahagian stem, seterusnya base grommet dan akan keluar ikut downstem yang terendam dalam air dekat base tu.  bila asap tu lalu dalam air, air tu akan membantu menyejukkan dan meningkatkan kelembapan asap tu.  kalau otai-otai yang selalu hisap shisha ni, biasanya air dalam base tu diorang akan tambah ais ataupun potongan buah-buah contohnya lemon atau daun mint untuk mempowerkan lagi shisha tu. tapi yang baru-baru belajar tu, air paip kosong sudah la. haha.  


Keburukan shisha

kawan-kawan aku ramai yang hisap shisha tak kira lelaki ke perempuan, sekali hisap dalam 30-40 minit. kira 1 sesi la tu.  kalau dah  30-40 minit 1 sesi, aku agak ada la dalam 50-200 kali dok sedut-hembus asap tu. 1 kali sedut, asap yang dihasilkan lebih kurang 0.15 - 0.50 liter.  so, dalam 1 sesi, 100-200 kali ganda asap yang dihasilkan berbanding sebatang rokok.  dan di dalam 1 sesi, penghisap akan menyedut 1.7 kali ganda nikotin ke dalam badan berbanding nikotin dari sebatang rokok. ini adalah disebabkan mutu tembakau yang digunakan dalam pembuatan paste shisha adalah lebih baik berbanding tembakau yang digunakan dalam pembuatan rokok.  maka, nikotin yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding rokok. wow! hebat kan? barangan bermutu tidak semestinya bagus ye adik-adik. dan, harus juga diingat bahawa air yang digunakan untuk 'penyulingan' asap itu hanya me-nyah-kan se-ciput sahaja bahan kimia yang terdapat dalam asap tersebut. 

lepas tu biasanya orang hisap shisha ni akan kongsi-kongsi hose dia tu. bila kongsi-kongsi, senang la penyakit berjangkit. kuman si K masuk mulut si C, kuman si C masuk mulut si D, kuman si D masuk mulut si U, kuman si U masuk mulut si K. hehe.  

Tapi orang suka shisha sebab beliau nampak cool. sekali sedut, berkepul2 asap keluar.  macam asap fogging yang DBKL buat halau nyamuk dekat rumah aku. memang show la wa cakap sama lu! and shisha ada banyak perasa.  anggur, ceri, tembikai, apple, banyak la lagi. perasa ni pula boleh campur-campur macam air buah dekat restoran. "bang, air tembikai laici gelas besar satu." 




ouh btw, shisha ni sedap sebab dia membahayakan kesihatan.  perbuatan membahayakan kesihatan ni memudaratkan diri. perbuatan memudaratkan diri ni berdosa tahu? well, yang berdosa tu la yang sedap. kan kan kan? hahaha.

Daripada korang semua menghisap shisha mahupun rokok apatah lagi ganja, baik la korang hisap benda lain.  Chupa Chups sebagai contoh.

1 comment: