Thursday, December 2, 2010

Kemalangan di Lif

Assalamulaikum

Di suatu petang yang hening, aku, Sue and Dena baru lepas balik dari event yang ada dekat office aku.  nak balik bilik masing-masing. Disebabkan semua kaki pemalas nak naik tangga, bontot berat 10 kilo, kitorang pon tunggu la lif untuk naik atas.  Tunggu punya tunggu, datang sorang bos,  En. Lah (bukan nama sebenar) nak naik lif dengan kitorang.  kitorang memang suka dengan En. Lah ni.  Sebab dia macam baik, humble and sentiasa senyum.  umur dia dalam 50+ gitu lah.  So, masa tunggu tu kitorang bual-bual pasal event tadi.

Lif pon sampai.

Aku orang first masuk lif.  Aku terus tekan button tingkat 1 and 2 sementara yang lain masuk.  Keadaan masih ceria di kalangan kami semua.  tapi semua itu tidak berpanjangan.  Sebaik sahaja En. Lah hendak melangkah masuk ke dalam lif, pintu lif tertutup dengan sendirinya. Dan En. Lah tersepit di pintu lif!!! mungkin sensor pintu tu dah rosak ke ape aku pon tak tau. Masa tu gelabah la semua.  Dena tarik pintu lif daripada tertutup, aku tekan button 'Open Door' dengan gelabah.  Tapi rupanya aku tekan button 'Close door'.  alahai..spoil.  En. Lah dah macam tin coke kena kemek dah aku rasa.  Last-last aku dapat juga tekan button yang betol and pintu tu terbuka.  Fuhh....



aku   :  En. Lah, En. Lah ok ke??

En. Lah   : oh,ok..ok..tak dak apa.  (loghat kedah)

aku   : sorry la En. Lah, saya tersalah tekan button. gelabah. 

En. Lah   : oh, tak pa..tak pa...pintu ni awat la tutup sendighi.

Sue & Dena   : (tahan gelak)

Sue   : kalau saya jadi En. Lah, saya da luku dah kepala dia nie. 

aku   : hehe.


Lepas tu kitorang semua naik lif sampai tingkat 1 je.  (padahal bilik Sue tingkat 2, sama dengan En. Lah) lepas keluar lif, kitorang gelak macam nak mati.  hadoi!!! En. Lah oh En. Lah!! awat la malang sangat ceq oi!! hahahahaha!! Tapi kesian juga kat En. Lah.  sebab dia bos yang baik.  hehehe

p/s : Pagi tadi aku nampak En. Lah.  Dia tengah naik tangga.  haha

No comments:

Post a Comment