Monday, December 27, 2010

Kolam Mancing Air Masin

Assalamualaikum


Hari sabtu lepas kitorang tak ada aktiviti nak buat. bosan. tepu. so Udin ajak Coco pergi mancing. Coco pon ajak la awek dia yang agak suka mancing ni. kitorang pon geraklah teman Udin pergi lepas gian memancing dia dekat 1 kolam air masin dekat area Seri Kembangan/Serdang. aku pon tak sure kolam tu masuk area mana. yang penting kolam tu dekat area NAHRIM. kitorang sampai sana dalam pukul 12.30am. ouh. ramai orang yea. hari cuti umum la katakan. hehe. aku tengok semua pakcik-pakcik dan abang-abang je yang lepak dekat situ. segan rase. dah la pukul 12.30 malam! ahh,selumber sudah. kalau diorang tanya aku cakap lah aku bawa adik aku mancing. apa susah. hehe. dekat sana sekali mancing dalam 3 jam. berapa ringgit tak sure. lupa tanya. 

Udin sorang je yang memancing. sebab pancing pon ada satu je. pancing yang lain member kitorang sebat semua bawa pergi Pulau Bora-bora. bercuti sambil memancing. kami yang tak ada pencing ni, bercinta je la dekat kolam tu sambil tunggu Udin dengan muka beria-iya nya memancing. haha. bercinta bukan sebarang bercinta, bercinta sampai pukul 3.30am tau. barai mata aku. 

Dalam kolam tu ada 2 jenis ikan. siakap dengan ikan yu. eh,bukan ikan yu. aku tak tahu lagi 1 jenis ikan tu jenis apa. hehe. tapi kebanyakan nya siakap. besar-besar woo! panjang dia ada la satu lengan orang dewasa sampai ke siku. memang semua size tu kata Coco. masa kitorang pergi tu, tengah ada satu contest. kalau dapat ikan berat 2kg 650gm dia bagi hadiah duit. wah, ko ni macam tak nak bagi menang je. siap ada 650 gm. kira 2 kg sudah. tak ikhlas langsung nak bagi hadiah. 



Ini umpan yang Udin guna untuk mancing malam tu. udang hidup ni. besar. boleh buat sambal udang petai. ya rabbi, sedap nya. seekor seringgit ye. 





Ni lah kolamnya. besar juga. sebelah sana ada satu lagi kolam. tapi tak digunakan pon. dekat sini ikan akan dilepaskan ikut masa.paling awal dalam pukul 10.30am and yang last dalam pukul 1.00am. ada la dalam 10 kali satu hari diorang lepaskan ikan. kolam mancing ni buka 24 jam. so kalau agak-agak tengah malam tiba-tiba mengidam nak rasa ikan sentap mata kail, boleh la pergi sini.



Ni lah Udin. tengah pasang umpan. Udin kata kalau pakai umpan udang hidup, kena cucuk mata kail jangan sampai kena dekat line hitam dekat atas badan udang tu. nanti udang tu mati cepat. tak dapat la dia berenang-renang dalam kolam tu untuk menggoda sang siakap durjana. 


Go Udin go!


Coco bosan. tak ada pancing. nak pancing awek, awek pon tak ada. haha. padan. =P


Dah mula sakit hati sebab seekor ikan pon tak naik lagi. orang lain dah penat naikkan ikan. haih.



"ikan tak dapat, kita bakar udang la ek. hehe"



Last sekali, Udin pon tak dapat ikan. Seekor pon tak dapat. kecewa lah beliau dan kecewa lah kami nak makan ikan siakap tiga rasa. tak ada luck lah malam tu. its ok bebeh, there's always be next time. until then, let's pancing at pasar borong. haha.

4 comments: